Instagram

"Kitab" untuk setahun

by - Thursday, February 14, 2013

Seluruh warga Bernama Radio24 mendapat "kitab" hari ini. Kitab itu tak perlu dibaca sangat tapi apa yang penting kena paham. Haha.. kalau tak baca macam mana nak faham kan??.. Bagus soalan itu.. 

Kitab yg dimaksudkan ialah "sasaran KPI 2013".. ada 14 KPI tu bro..hah mampu!!

Yes, selepas perjumpaan lebih 1 jam bersama-sama KPO, muka yang blur ni agak bertukar jugak la. Lebih teserlah keyakinan tu. Melangkah pun dengan lebih bersemangat. Ehh serius nih.. 

Ok, bagi saya.. saya juga ada KPI saya sendiri dan saya akan pastikan yang saya capai KPI saya itu. Saya tidak mahu kerja kuat tetapi saya mahu bekerja dengan mencapai apa yang saya tetapkan...

1. Tiada kesilapan dalam penulisan berita

2. Translate sekurang-kurangnya 5 berita antarabangsa dan 5 berita sukan setiap shif

3. Sediakan sekurang-kurangnya 1 rencana atau laporan khas setiap bulan

4. Hantar laporan khas untuk anugerah media

Itu sahaja. Ok nanti Januari 2014 kita tengok ye sama ada saya mencapai KPI atau tidak.. See u next year!!


You May Also Like

0 comments