Mhea sedih sampai demam
by
'Mhea Say Hello'
- Wednesday, December 26, 2012
"Sian Mhea, sakit"... Itu kata Mhea bila sy tanya Mhea demam ke... Alahai anak mama demam pula jadinya.
Pagi semalam masa saya sibuk mengemas nak balik kl, Mhea pun sibuk juga. Kemas bear dia, cium tangan tok pa mak atok cu sikin, siap pakai kasut dan cakap bye2... Sedih nak tingalkan mhea tapi nak buat macam mana.... Hmm...
Bila pujuk bagi tau mama balik sorang je Mhea terus masam. Tak bercakap apa, bye2 mama pun tak. Diam saja.
Cu sikin cakap memang mhea diam saja sejak saya balik. Saya call pun tak nak cakap. Rupanya bangun tidur petang tu badan panas.. Mhea demam!
Tadi call mama cakap Mhea tidur lagi. Badan tak panas mcm smlm. Alhamdulillah...
Tapi kalau Mhea demam balik ptg ni saya balik perak lah. Mhea nak mama ye sayang....
Pagi semalam masa saya sibuk mengemas nak balik kl, Mhea pun sibuk juga. Kemas bear dia, cium tangan tok pa mak atok cu sikin, siap pakai kasut dan cakap bye2... Sedih nak tingalkan mhea tapi nak buat macam mana.... Hmm...
Bila pujuk bagi tau mama balik sorang je Mhea terus masam. Tak bercakap apa, bye2 mama pun tak. Diam saja.
Cu sikin cakap memang mhea diam saja sejak saya balik. Saya call pun tak nak cakap. Rupanya bangun tidur petang tu badan panas.. Mhea demam!
Tadi call mama cakap Mhea tidur lagi. Badan tak panas mcm smlm. Alhamdulillah...
Tapi kalau Mhea demam balik ptg ni saya balik perak lah. Mhea nak mama ye sayang....
20.12.2012
by
'Mhea Say Hello'
- Thursday, December 20, 2012
Cantik tarikh hari ini 20.12.2012
Kalau hari ni jumaat mesti ramai yg nikah. Haha.. Semua berebut tarikh yg cantik2. Betul juga for the best moments in life kan..
Sebenarnya hari ini kita adalah insan yang cukup bertuah.
Tak mungkin lah kita hidup lagi pada 21.12.2112.
Ini adalah yg terakhir utk kita sbb tahun depan jgn berangan nak ada 20.13.2013!
Haha
Bila 'Bil Elektrik' Tak Masuk Akal
by
'Mhea Say Hello'
- Thursday, December 13, 2012
Bil eletrik bln ni betul2 mencabar kesabaran. Seribu kali fikir pun sy tak rasa logik kenapa bil ni mesti cecah RM30. Memang la sikit kan tapi utk kegunaan sy, jumlah itu memang tak masuk akal.
Sy jenis yg sgt berjimat cermat. Penggunaan elektrik sy adalah pd tahap paling minima. Perkara wajib yg sy buat sblm keluar rumah juga ialah pastikan tiada sebarang pembaziran elektrik. Tapi pelik kan kenapa bil sy cecah RM30 sebulan?
1st bil hanya RM0.75 tapi utk tiga bulan terkini semuanya merepek. Eee...geram. Call hotline TNB tu, mesin la pula yg jawab. Operasinya dari 7pg - 11 malam je rupanya. Ok, esok sy akan call lagi! Mesti call utk buat aduan.
Belek punya belek bil2 tu baru la sy perasan perbezaan antara 1st bil dgn tiga yg lain adalah di bahagian 'KOD'. 1st bil tu kod N dan yg lain tu kod E. Sy pun cari la apa maksud kod2 tu. Then jumpa blog ni...thanks saudara, sedikit sebanyak entry ini membantu sy.. Nak tahu juga? Ok klik link ni FROM THE DESKTOP OF RENKEINJI
Skrg baru la sy tahu rupanya bacaan utk tiga bulan ni hanya dibuat secara anggaran. Berbanding bacaan yg 1st bil tu, ia adalah bacaan sebenar sbb kira menggunakan kod N. Ehhh marah betul sy. Patut la sampai RM30 lebih. Eee... Geram!!
"If Ony"
by
'Mhea Say Hello'
- Thursday, December 13, 2012
Lagi touching filem yg ditayangkan mlm ni dr last week. Huhu...feeling sedih lagi. Suka hati kan so kita cari la mood sedis sikit... Layan, best movie ni.
If Only ni filem lama sbnrnya, 2004. Lakonan Jennifer Love Hewitt dan Paul Nicholls. Kisah tentang peluang kedua... Cerita mengenai Ian Wyndham yg gets a chance to relive the day all over again. Dgn harapan kemalangan yg meragut nyawa girlfriendnya, Samantha tidak berlaku.
Ian dapat peluang kedua tu tapi hakikat yg tertulis pasti akan terjadi juga. Tapi siapa yg mati?? Arghh plot tu memang sedih. Kena cari dvd cerita ni, nak tengok lagi... Uwaaaaa....saya nangis lagi. ehhh. haha!!
If Only ni filem lama sbnrnya, 2004. Lakonan Jennifer Love Hewitt dan Paul Nicholls. Kisah tentang peluang kedua... Cerita mengenai Ian Wyndham yg gets a chance to relive the day all over again. Dgn harapan kemalangan yg meragut nyawa girlfriendnya, Samantha tidak berlaku.
Ian dapat peluang kedua tu tapi hakikat yg tertulis pasti akan terjadi juga. Tapi siapa yg mati?? Arghh plot tu memang sedih. Kena cari dvd cerita ni, nak tengok lagi... Uwaaaaa....saya nangis lagi. ehhh. haha!!
(Ini kata-kata terakhir Ian sebelum tragedi)
"I have to tell you this and you need to hear it.
I loved you since I met you, but I wouldn't allow myself to truly feel it until today.
I was always thinking ahead, making decisions soaked with fear... Today, because of you... what I learned from you; every choice I made was different and my life has completely changed... and I've learned that if you do that, then you're living your life fully...
It doesn't matter if you have five minutes or fifty years.
Samantha if not for today, if not for you I would never have known love at all... So thank you for being the person who taught me to love... and to be love."
- Ian Wyndham -
New wishlist
by
'Mhea Say Hello'
- Tuesday, December 11, 2012
Haha..very buzy today.. bukan hanya produce news tapi cari handbag. Ini semua gara-gara kak Gee la yg nak pegi Paris and London end of next Jan. Best kan...
Kak Gee yg sibuk nak pegi kitaorg sibuk juga..sibuk cari handbag mana nak order minta kak gee belikan.. Tak tenang buat berita hari ni bila Jiji start cari. Me, Farrah, Shu tumpang sekali.. haha.. lawak!!..
Poket ni dah la kosong.. asyik mengira ehhh cukup ke..nak ganti side mirror lagi, eee...geram... Why Swift side mirror so Expensive ha. RM1,127.. hahh, mampu!!..
After watching lots of Louis Vuitton picture and videos on YouTube (something that is not new) I decided I am ready to invest in my first LV.. Err..ye ke!! This one caught my eye awhile ago, the Neverfull MM.
hehe.. same like Mimie punya.. It's a beautiful bag that I think is perfect for me. Maybe I'm going to save up over the next 5 months and purchase it as a present to me for my 31st birthday!! Ohhh no.. It's June.. lamanya lagi..
Note tercedera
by
'Mhea Say Hello'
- Sunday, December 09, 2012
Erm salah sendiri.. Dah tau nak buka pintu dgn segugus kunci di tangan, kenapa la masa2 tu juga nak tgok hp.
Tunggu la pintu dibuka, masuk rumah, duduk.. kalau iye pun nak baca mesej..
Eeeeee... Menyesal tak sudah!!
Tengok, note kesayangan dah jatuh. Dah cedera!
Be carefull ok! Eeeeeeeee....geram
Update birthday Mhea
by
'Mhea Say Hello'
- Friday, December 07, 2012
Baru hari ni update birthday Mhea... Hehe..
Mhea dilahirkan pada pukul 2.01 pm 23/11/2010. Dah 2 tahun usia baby mama ni.. :)
Tidak lengkap jika tak celebrate birthday kakak Mhea kan.
Tahun lepas siap buat majlis lg.. Tahun ni sibuk sikit..
Mulanya mmg nak postpone pun, nak celebrate hari lain tapi bila ucu sikin dan Mr IJ cakap dah beli kek terus mama Mhea balik perak masa tu jugak!!.
Tahun lepas siap buat majlis lg.. Tahun ni sibuk sikit..
Mulanya mmg nak postpone pun, nak celebrate hari lain tapi bila ucu sikin dan Mr IJ cakap dah beli kek terus mama Mhea balik perak masa tu jugak!!.
Gerak dari kl pukul 8.30 mlm sampai kg banjar 11 mlm.
Hilang penat bila tgok kakak Mhea senyum sambut mama di pintu...
Siap cakap ada kek lagi...ucu sikin cakap dari td dah Mhea tak sabar nak potong kek.
Hahahah....
Hilang penat bila tgok kakak Mhea senyum sambut mama di pintu...
Siap cakap ada kek lagi...ucu sikin cakap dari td dah Mhea tak sabar nak potong kek.
Hahahah....
Mhea sambut mama balik
Mhea intai-intai kek
Yeyya!.. i'm ready for party
Taraaa...
Mhea's family.. ehh adik Scha tidur!!..hehe
Mhea malu-malu
Hadiah dari Ucu Sikin
Mama tak bagi lagi hadiah untuk Mhea.. Nanti mama bagi ye sayang!!..
Once again, Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-2 Mhea.
Jadi anak yang cerdik, sihat, cantik dan gembirakan mama dan papa ye.
Muuaaaahhhhhhhhhhhhh!!
"Three Weeks, Three Kids"
by
'Mhea Say Hello'
- Thursday, December 06, 2012
Baru selesai menonton filem 'Three Weeks, Three Kids' di 8tv. Rasa penuh berinspirasi dan bertuah. Iya, bertuah bergelar ibu, punya anak2 dan keluarga..
Terpikir sejenak..
Kita tidak sesekali sempurna bila melihat kecatatan insan lain. Tapi kita sedar ada kekurangan bila rendah diri menguasai..
Dan apa yg saya boleh katakan, setiap antara kita perlu ingat megingati dan memberi peluang.
Iya, peluang yg bakal membetulkan keadaan...
Senarai Goodies
by
'Mhea Say Hello'
- Wednesday, December 05, 2012
Entry ini khas untuk menyenaraikan goodies yang pernah diperoleh dalam tempoh 5 tahun.. best kan jadi wartawan!!.. hihi...
Antara yg saya pernah dapat ialah:
1. Hard disk (4)
2. Pen drive (lebih 30)
3. Pen, buku nota (beratus dah)
4. Diary (lebih 20)
5. Baucer carrefour, giant
6. Walkman sony mp3
7. Key chain (lebih 50)
8. Mug (lebih 50)
9. Topi (lebih 50)
10. T-shirt (lebih 100)
11. Iron
12. Mouse (lebih 10)
13. Earphone
14. Duit (tak byk.. Total dalam tempoh 5 tahun kerja ni RM1,300 gitu je)
15. Keyboard
16. Sony Portable USB Charger
17. Kain pasang, kain batik, kain pelikat
18. Shawl
19. MP4
Lagi apa ye... Ok nnt update..
Antara yg saya pernah dapat ialah:
1. Hard disk (4)
2. Pen drive (lebih 30)
3. Pen, buku nota (beratus dah)
4. Diary (lebih 20)
5. Baucer carrefour, giant
6. Walkman sony mp3
7. Key chain (lebih 50)
8. Mug (lebih 50)
9. Topi (lebih 50)
10. T-shirt (lebih 100)
11. Iron
12. Mouse (lebih 10)
13. Earphone
14. Duit (tak byk.. Total dalam tempoh 5 tahun kerja ni RM1,300 gitu je)
15. Keyboard
16. Sony Portable USB Charger
17. Kain pasang, kain batik, kain pelikat
18. Shawl
19. MP4
Lagi apa ye... Ok nnt update..
Susu ohh susu
by
'Mhea Say Hello'
- Wednesday, December 05, 2012
Niat di hati mmg nak breastfeed Mhea sampai umur 2 tahun. Tapi nak kata apa... Disebabkan tinggal berasingan, niat itu tak sampai. Hanya dapat bf sepenuhnya hingga Mhea 3 bln. Bagi EBM hingga Mhea umur 7 bln. Mula2 tu Mhea nak juga direct bila saya balik every weekend tapi lepas 5 bln dah tak nak...
Masa lahirkan Scha lagi bersemangat nk bf sendiri. Persiapan lebih dari kakaknya.... Tapi rupanya lagi cepat sejarah susu formula. Hmm..tak puas pakai la breastpump Avent bagai tu. Beli mahal pakainya tak... Scha full bf sampai umur 2 bln lebih. Bagi direct bila balik weekend sampai umur 4 bln. Dan Scha stop ebm masa 5 bln. Lagi cepat kan.. Owh gagal rupanya hajat nak bagi bf... Terkilannnnn
Sejak itu bermula lah episod susu formula. Disebabkan tak dapat bf dan rasa terkilan yang bersarang sgt2, saya nekad nak bagi susu paling mahal! Nah amik kau, dua2 bermula dgn Enfalac A+. Satu tin besar 850g, RM79.90 tu pun mmg kena jadi customer tetap kedai Yin Onn, Ayer tawar je. Satu2nya kedai yg setakat ni paling murah utk beli susu. Kat pasar raya haaa menangis la dapat harga tuuuu..
Sebulan Mhea minum 4 tin Enfalac A+.. So kira sendiri lahh.. Masa 1 thn 2 bln, tukar ke Enfapro A+. Ada la murahnya sikit, satu tin 850g tu RM75.90 dan masih 4 tin sebulan. Then tukar ke Enfagrow A+ masa Mhea 1 thn 6 bln. Biasa beli yg double pack dalam kotak. Berat 1.3kg harganya RM78.90 dan tahan la 2 minggu. So, dua kotak sebulan. Kdg2 Tesco buat sale satu tin besar 1.7kg tu RM93.90 haa tu mmg wajib beli.
Masa Mhea sorang boleh tahan lagi tp bila dah ada Scha.. Owh tidak!. Tak nak bezakan dua beradik ni jadi bagi juga susu yg sama. Masa Mhea minum Enfagrow, Scha minum Enfalac. Masa 6 bln, Scha tukar Enfapro hingga sekarang masih minum Enfapro. Tp lagi kuat menyusu dari Mhea. Sebulan kene 5 Tin.
Mmg la terasa beban financial tu tp ada sebab2 nya kenapa tak tukar susu. Mhea pernah kene alergic susu masa umur seminggu. Masa tu masih di ward dan bila ditanya hospital bagi susu ducth lady. Then pernah try dumex tapi Mhea muntah setiap kali lepas minum. Dua bulan lepas try Friso Gold. Nampak ok jadi skrg ni Mhea minum Friso langkah 3. Enfagrow tu pun minum jugak. Harga friso double pack dalam satu kotak RM61.90 beza 18 ringgit juga dgn enfagrow. Sejak 2 bln ni Mhea sama naik dgn Scha kuat menyusu. Dulu 2 kotak sebulan, skrg 3 kotak.
Total perbelanjaan susu Mhea dan Scha sebulan RM560. Errghhhhhhh
Ni tadi mama call ckp susu dua beradik tu dah nak habis. Lambatnya gaji kan... Owhhhh..
Media night
by
'Mhea Say Hello'
- Wednesday, December 05, 2012
Yeay!! Menang lucky draw mlm ni...
Media night, majlis yang dibuat oleh pihak2 tertentu utk menghargai kerja dan jasa pengamal media.. Ha, tengok betapa besarnya peranan kami org2 media ni. Bukan cakap kosong tepi longkang je... Ehh...ganas sgt bunyinya.. Haha.. Sebagai sumber penyampai maklumat, pengamal media adalah penghubung kepada setiap perkara. Kuasa menulis, melapor, menerbit, menyampai, mengarang itu secara fakta dan sahihnya adalah terpaku kepada "kami". Malam penghargaan seperti ini bukan lah satu perkara baru... Ni kali keberapa pergi ye...wait nak kira.. Hihi
Media night kali ini anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar. Diadakan di Time Square Hotel.. 100 lucky draw disediakan dan akhirnya terselit juga lah nombor saya. Yayy lagi sekali! .. Jujur cakap lah mmg kejar media night ni nak dapatkan lucky draw.
Hahaah... Ok, taraaa ni hadiahnya....
Saya dapat baucer Metrojaya RM100. Haa yg warna pink tu dapat masa daftar, baucer jusco RM50. Hmm mmg suruh shopping la ni...
Tapi budak radio mmg best la mlm ni. Empat2 anak dara yg naik kereta i semua bertuah. Wanda, Irma, Ryna dan saya (eh dara gak ye). Tak sangka 3rd prize, yg bawa balik ipad mini ialah bos kitaorg En Letfee. Lagi buat terkezut grand prize... Sah makan hati semua media dlm dewan tu, org bertuah yg bawak balik iphone 5 (celcom baru nak lancar esok) ialah bos besar kitaorg, En Azlan... Haha!!.
Saya tak pernah dapat grand prize tapi selalu juga bertuah bila pegi media night. Biasanya dapat yg biasa2 je lah... Tapi dapat gak kannnn... Hihihi
Ini antara senarai hadiah cabuatan bertuah yg saya pernah dapat :
1. Tiket MAS dari KL- Surabaya
2. Tiket ke Bangkok
3. Hard disk
4. Hamper makanan
5. Hamper cookies mahal tu, apatah namanya..
6. Ipad (yg ni sy masuk game tp still kira lucky draw la sbb organizer tu cabut nama, so saya menang walaupun ada yg dapat markah tinggi drpd sy.. Hehe)
8. Iron
7. .... Tak ingat, nnt update. ....
Ini belum cerita goodies pegi assignment.. ok saya buat entry lain la ye.. khas untuk senarai goodies..
Scha - 8 month
by
'Mhea Say Hello'
- Tuesday, December 04, 2012
Pantas masa berlalu... Hari ni Scha genap 8 bulan. Alhamdulillah, sehingga kini Scha membesar dgn sihat dan tiada masalah.
Scha dah tumbuh gigi 2 batang. Gigi bawah...semua benda nak masuk dlm mulut. Tp yang paling Scha suka note mamanya... Ish2 baby skrg tak main dah telefon2 mainan ni, pandai memilih. Dah pandai berebut dgn Mhea pulak tu...
Scha mula pandai meniarap masa umur 2 bln. Cepat drpd Mhea lagi, 2 bln 2 mggu. Belajar duduk masa 5 bln dan belajar berdiri bila 6 bln. Dan skarg ni Scha sudah boleh duduk tegak dan berdiri dgn sendiri. Seronok la tu dapat main sambil duduk.
Merangkak tu ada la sikit2. Mhea dulu lebih keras skit.. 5 bulan dah boleh berdiri sendiri. Mhea drpd belajar duduk masa 3 bln tu terus boleh berdiri sendiri masa 5 bln, tak merangkak. Masa 7 bulan belajar jalan dan boleh berjalan sendiri masa 10 bulan. Yang lawak tu bila dah pandai berjalan baru nak merangkak.... Hahaha!!
Ni gambar Scha 3 hari lepas.. :)
Scha dah tumbuh gigi 2 batang. Gigi bawah...semua benda nak masuk dlm mulut. Tp yang paling Scha suka note mamanya... Ish2 baby skrg tak main dah telefon2 mainan ni, pandai memilih. Dah pandai berebut dgn Mhea pulak tu...
Scha mula pandai meniarap masa umur 2 bln. Cepat drpd Mhea lagi, 2 bln 2 mggu. Belajar duduk masa 5 bln dan belajar berdiri bila 6 bln. Dan skarg ni Scha sudah boleh duduk tegak dan berdiri dgn sendiri. Seronok la tu dapat main sambil duduk.
Merangkak tu ada la sikit2. Mhea dulu lebih keras skit.. 5 bulan dah boleh berdiri sendiri. Mhea drpd belajar duduk masa 3 bln tu terus boleh berdiri sendiri masa 5 bln, tak merangkak. Masa 7 bulan belajar jalan dan boleh berjalan sendiri masa 10 bulan. Yang lawak tu bila dah pandai berjalan baru nak merangkak.... Hahaha!!
Ni gambar Scha 3 hari lepas.. :)











