Instagram

Mahu posing cantik tapi Mhea... Ehh, masalah ni

by - Thursday, November 22, 2012

Sejak dua bulan ini jadual kerja saya adalah TETAP. Yeayy... saya mula sukakan kerja yang buatkan saya 'poss' cantik je kat ofis. hehe

Lima tahun saya terkejar kesana kemari.. GPS saya selalunya papan tanda, maka melilau dan tebeliak la biji mata ni nak membaca segala sign board tu. Jangan cakap pasal sesat la, 7 hari 7 malam tak abis cerita.. haha, tapi semua tu best!!...
Sebagai Wartawan Penyiaran, saya melalui pengalaman yang berbeza setiap hari. Kerja saya adalah berdasarkan tugasan yang diberikan. Saya jumpa pelbagai orang yang bermacam ragam... Dan seterusnya menulis berita yang penuh cerita.

Setiap hari menjadikan saya semakin pantas, cepat dan tangkas. hahah.. 
Saya suka katakan yang " I LOVE my job!!"...

Tapi.. mungkin sudah sampai masanya saya perlu duduk ofis. Dua tahun lepas saya ditawarkan jawatan ini tetapi saya menolaknya kerana belum puas berjalan.. 
Kali ini, saya menerimanya dengan hati terbuka.

Biarpun belum ada pengesahan lagi, dengarnya saya akan ditetapkan pada tempat yang sekarang ni. Hmm..saya suka kerana saya hanya akan bekerja dari 3 petang hingga 8 malam sahaja. 
Yayy!!
Datang kerja - produce news - tiktoktaptaptiktoktap menaip je la kejanya... edit story, arrage cross over dan bla..bla... gitulah rutin setiap hari. Duduk depan pc, posing cantik sambil tangan laju menaip.. Cuma kalau terlalu sibuk tu, haa jangan berangan la nak ke tandas sekalipun!
Tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni, Mhea macam mana... Hmm, keja 3ptg - 8 mlm. Sekolah Mhea 8 pg - 6 petang.. Siapa nak ambil Mhea?
Jadi persoalannya sekarang ini:
1. Apakah langkah terbaik yang perlu saya ambil?
2. Apakah alternatif lain untuk Mhea?

Puas dah fikir... 

You May Also Like

0 comments