Susu ohh susu
Niat di hati mmg nak breastfeed Mhea sampai umur 2 tahun. Tapi nak kata apa... Disebabkan tinggal berasingan, niat itu tak sampai. Hanya dapat bf sepenuhnya hingga Mhea 3 bln. Bagi EBM hingga Mhea umur 7 bln. Mula2 tu Mhea nak juga direct bila saya balik every weekend tapi lepas 5 bln dah tak nak...
Masa lahirkan Scha lagi bersemangat nk bf sendiri. Persiapan lebih dari kakaknya.... Tapi rupanya lagi cepat sejarah susu formula. Hmm..tak puas pakai la breastpump Avent bagai tu. Beli mahal pakainya tak... Scha full bf sampai umur 2 bln lebih. Bagi direct bila balik weekend sampai umur 4 bln. Dan Scha stop ebm masa 5 bln. Lagi cepat kan.. Owh gagal rupanya hajat nak bagi bf... Terkilannnnn
Sejak itu bermula lah episod susu formula. Disebabkan tak dapat bf dan rasa terkilan yang bersarang sgt2, saya nekad nak bagi susu paling mahal! Nah amik kau, dua2 bermula dgn Enfalac A+. Satu tin besar 850g, RM79.90 tu pun mmg kena jadi customer tetap kedai Yin Onn, Ayer tawar je. Satu2nya kedai yg setakat ni paling murah utk beli susu. Kat pasar raya haaa menangis la dapat harga tuuuu..
Sebulan Mhea minum 4 tin Enfalac A+.. So kira sendiri lahh.. Masa 1 thn 2 bln, tukar ke Enfapro A+. Ada la murahnya sikit, satu tin 850g tu RM75.90 dan masih 4 tin sebulan. Then tukar ke Enfagrow A+ masa Mhea 1 thn 6 bln. Biasa beli yg double pack dalam kotak. Berat 1.3kg harganya RM78.90 dan tahan la 2 minggu. So, dua kotak sebulan. Kdg2 Tesco buat sale satu tin besar 1.7kg tu RM93.90 haa tu mmg wajib beli.
Masa Mhea sorang boleh tahan lagi tp bila dah ada Scha.. Owh tidak!. Tak nak bezakan dua beradik ni jadi bagi juga susu yg sama. Masa Mhea minum Enfagrow, Scha minum Enfalac. Masa 6 bln, Scha tukar Enfapro hingga sekarang masih minum Enfapro. Tp lagi kuat menyusu dari Mhea. Sebulan kene 5 Tin.
Mmg la terasa beban financial tu tp ada sebab2 nya kenapa tak tukar susu. Mhea pernah kene alergic susu masa umur seminggu. Masa tu masih di ward dan bila ditanya hospital bagi susu ducth lady. Then pernah try dumex tapi Mhea muntah setiap kali lepas minum. Dua bulan lepas try Friso Gold. Nampak ok jadi skrg ni Mhea minum Friso langkah 3. Enfagrow tu pun minum jugak. Harga friso double pack dalam satu kotak RM61.90 beza 18 ringgit juga dgn enfagrow. Sejak 2 bln ni Mhea sama naik dgn Scha kuat menyusu. Dulu 2 kotak sebulan, skrg 3 kotak.
Total perbelanjaan susu Mhea dan Scha sebulan RM560. Errghhhhhhh
Ni tadi mama call ckp susu dua beradik tu dah nak habis. Lambatnya gaji kan... Owhhhh..




0 comments