Instagram

Media night

by - Wednesday, December 05, 2012

Yeay!! Menang lucky draw mlm ni... 

Media night, majlis yang dibuat oleh pihak2 tertentu utk menghargai kerja dan jasa pengamal media.. Ha, tengok betapa besarnya peranan kami org2 media ni. Bukan cakap kosong tepi longkang je... Ehh...ganas sgt bunyinya.. Haha.. Sebagai sumber penyampai maklumat, pengamal media adalah penghubung kepada setiap perkara. Kuasa menulis, melapor, menerbit, menyampai, mengarang itu secara fakta dan sahihnya adalah terpaku kepada "kami". Malam penghargaan seperti ini bukan lah satu perkara baru... Ni kali keberapa pergi ye...wait nak kira.. Hihi

Media night kali ini anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar. Diadakan di Time Square Hotel.. 100 lucky draw disediakan dan akhirnya terselit juga lah nombor saya. Yayy lagi sekali! .. Jujur cakap lah mmg kejar media night ni nak dapatkan lucky draw. 

Hahaah... Ok, taraaa ni hadiahnya....
   

Saya dapat baucer Metrojaya RM100. Haa yg warna pink tu dapat masa daftar, baucer jusco RM50. Hmm mmg suruh shopping la ni... 

Tapi budak radio mmg best la mlm ni. Empat2 anak dara yg naik kereta i semua bertuah. Wanda, Irma, Ryna dan saya (eh dara gak ye). Tak sangka 3rd prize, yg bawa balik ipad mini ialah bos kitaorg En Letfee. Lagi buat terkezut grand prize... Sah makan hati semua media dlm dewan tu, org bertuah yg bawak balik iphone 5 (celcom baru nak lancar esok) ialah bos besar kitaorg, En Azlan... Haha!!.

Saya tak pernah dapat grand prize tapi selalu juga bertuah bila pegi media night. Biasanya dapat yg biasa2 je lah... Tapi dapat gak kannnn... Hihihi

Ini antara senarai hadiah cabuatan bertuah yg saya pernah dapat :

1. Tiket MAS dari KL- Surabaya

2. Tiket ke Bangkok

3. Hard disk
4. Hamper makanan
5. Hamper cookies mahal tu, apatah namanya..
6. Ipad (yg ni sy masuk game tp still kira lucky draw la sbb organizer tu cabut nama, so saya menang walaupun ada yg dapat markah tinggi drpd sy.. Hehe)
8. Iron
7. .... Tak ingat, nnt update. ....


Ini belum cerita goodies pegi assignment.. ok saya buat entry lain la ye.. khas untuk senarai goodies.. 

You May Also Like

0 comments